Piagam Pelanggan Piagam Pelanggan

Meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup golongan sasaran di kawasan projek berteraskan pembangunan pertanian bersepadu selaras dengan objektif dasar pertanian negara dan wawasan 2020 melalui:-

  1. Merancang, melaksana, menilai dan menyelaras projek-projek pembangunan sektor pertanian dengan cekap dan profesional mengikut matlamat, jadual dan piawaian yang ditetapkan;
  2. Menjalankan tugas dan tanggungjawab secara berpasukan di bawah konsep MOA. Inc. dengan penuh dedikasi, kreativiti, beramah dan berdisiplin;
  3. Memberi perkhidmatan dan layanan pelanggan dengan cepat, berkualiti, cekap dan berbudi bahasa; dan
  4. Mempunyai sistem maklumat yang cekap, tepat, kemaskini dan mudah diperolehi.