Pejabat Pengarah Pejabat Pengarah

Secara amnya berperanan menyelaras program dan aktiviti untuk mencapai matlamat organisasi iaitu merintis (initiate) strategi dan pendekatan-pendekatan baru untuk pembangunan tanaman padi. Pejabat Pengarah juga bertindak menguruskan kewangan dari segi permohonan, agihan dan kawalan serta pemantauan dari segi prestasi kewangan dan fizikal.

  1. Merancang, menyelaras dan menguruskan perkhidmatan, pembangunan organisasi dan hal-hal berkaitan pentadbiran
  2. Mengurus Sistem maklumat personel / HRMIS dan pengisian jawatan
  3. Merancang, menyelaras dan melaksana urusan pengurusan prestasi
  4. Merancang, menyelaras dan melaksana program latihan
  5. Mengurus setor dan asset
  6. Mengurus terimaan dan pembayaran bil-bil dan bayaran gaji
  7. Mengurus permohonan pinjaman kenderaan, komputer, pendahuluan diri, elaun-elaun dan pesanan tempatan
  8. Mengurus urusan perolehan dan menjadi urus setia Lembaga Perolehan dan melaksanakan Kerajaan Elektronik (ePerolehan dan eSPKB)
  9. Menyedia dan mengurus Anggaran Belanjawan Tahunan dan melaksanakan kawalan perbelanjaan peruntukan serta menyelaras perkara berkaitan pertanyaan Audit
  10. Menyelaras penyediaan Anggaran Belanjawan Pembangunan dan Anggaran Belanjawan Rancangan Lima Tahun
  11. Menyelaras perancangan dan pemantauan prestasi belanja mengurus
  12. Menyelaras pengagihan, pemantauan dan penilaian prestasi kewangan dan fizikal  pelaksanaan program pembangunan
  13. Penilaian impak program dan projek
  14. Menyelaras program Penyiasatan Pengeluaran Padi (CCS) di kawasan IADA Barat Laut Selangor
  15. Merancang, membangun dan menyelenggara infrastruktur teknologi maklumat dan sistem aplikasi
  16. Merancang, membangun dan menyelenggara pengkalan data dan maklumat pertanian
  17. Menyedia, menyimpan dan membekal maklumat perangkaan pertanian
  18. Merancang, menyelaras dan melaksana program perhubungan awam dan publisiti secara sistemastik dan teratur
  19. Merancang dan menerbitkan seperti Buku Laporan Tahunan, Buletin dan lain-lain penerbitan
  20. Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan publisiti, aduan awam dan media
  21. Menerima dan menyelaras pelawat dan penyelidik dari dalam dan luar Negara
  22. Membangun dan menyelenggara laman web serta facebook
  23. Mengurus Mengendali permohonan kemudahan kenderaan kepada kakitangan secara sistematik mengikut permohonan
  24. Mengurus kemudahan kenderaan kepada agensi luar yang memohon
  25. Mengatur jadual perjalanan kenderaan setiap hari dan menyelenggara kenderaan jabatan supaya sentiasa berada dalam keadaan baik
  26. Mengawal selia semua kemudahan infrastruktur dan bangunan pejabat dan kuarters
  27. Merancang, membina dan menyelenggara kemudahan  infrastruktur asas dan bangunan pejabat dan kuarters
  28. Merancang, mengurus, mengawal selia penyelenggaraan dan pembangunan landskap serta kebersihan kawasan