Bahagian Kejuruteraan Pertanian Bahagian Kejuruteraan Pertanian

  1. Membuat anggaran peruntukan pembangunan dan Belanjawan Rancangan Lima Tahun, mengurus & merancang perbelanjaan peruntukan tahunan yang diterima
  2. Menjalankan kajian kemungkinan, membuat perancangan, rekabentuk kerja, menyedia dokumen dan memanggil tender dan melantik kontraktor
  3. Membuat perancangan, melaksana dan pemantauan bagi kemajuan fizikal dan kewangan projek pembangunan yang sedang berjalan
  4. Menyelia projek-projek pembangunan dan membuat penilaian impak projek-projek pembangunan yang dilaksana
  5. Membuat siasatan dan menilai semula keberkesanan infrastruktur pengairan dan membuat cadangan mengambil tindakan pembaikan, pemulihan dan menaiktaraf bagi menjamin bekalan air berterusan ke sawah
  6. Meningkatkan infrastruktur jalan ladang dan lintasan bagi kemudahan pengakutan untuk membawa input dan output pertanian
  7. Merancang dan mengenalpasti kerja-kerja O&M secara tahunan, dua kali setahun dan lima kali setahun yang hendak dilaksanakan bagi semua kemudahan sistem dan infra pengairan
  8. Membuat anggaran peruntukan O&M dan merancang perbelanjaan peruntukan tahunan yang diterima serta memanggil sebutharga dan menyelia kerja-kerja O&M
  9. Mengadakan sumber air tambahan bagi menampung keperluan di luar musim utama penanaman
  10. Menjalankan kerja-kerja pengukuran dan pengwartaan kawasan pengairan
  11. Menyenarai dan mengemaskini semua maklumat dan data kemudahan pengairan dan infrastruktur asas sama ada dalam bentuk manual dan digital serta melaksanakan aplikasi MYSPATA
  12. Menyimpan dan mengemaskini semua lukisan dan pelan struktur secara sistematik sama ada dalam bentuk manual dan digital

 

  • Memastikan sIstem dan infrastruktur pertanian berfungsi dengan sempurna ke arah pengurusan air yang efisyen